Ahad, 27 Mei 2012

selepas 6bln menyepi

hurmmm...lama sungguh menyepi...
last post 6bln lps kot...sgt lama...
kena pertingkatkan lagi level kerajinan tu...
seriously bkn xde benda nak share...
tapi skill hapdet tu belum dpt dikuasai so once terkial² tu mula la malas je...
xpe practise makes perfect...
dikala org lain sudah canggih-manggih..
saya masih merangkak dlm dunia hapdet-menghapdet ni...ouhhh...
tapi xpe if xstart smpi bila nak pandaikan...
cara² nak bagi sokongan moral kat diri sendiri huhuhu
pejam celik² dah kat 1/2 thn 2012 dilalui
betapa cpt msa berlari...terkial nak ngejar
dah hampir tercapai kah cita² thn ni?
ader la someone tu berjanji aku antara cita² dia yg tiga tu...
aku xsure tercapai x janji² manis dia tu...
klu tercapai ofkos aku happy xterkata...
klu x...sob...sob...sob...
apa pun aku doa yg bebaik je utk semua...
aminnnn...


Khamis, 10 November 2011

Mimpi membawa makna @ mainan tidur semata²

Penat dgn kerja tiap² hari maybe blh pengaruhi kualiti tidur kan..last week aku balik kg celebrate raya korban...seronok bangat...mcm² la aktiviti...till now still rasa blues kampung tu lagi...blues+ letih coz otw blk semula dr kg tu jem all the way @ highway...huhuhu...keletihan tu terbawa² wlaupun dah beberapa hari berlalu..aku lak 1 habitnya klu dah letih tu mcm² la nti aku punya mimpi..mcm mlm tadi aku mimpi gi hospital doc ckp awk kena bersalin hari ni jugak hari lain ward penuh..nightmare sungguh bila ter'mimpi' bersalin bagi aku...bukan aper ader citer sebenarnya...insyallah 1 sweet day aku akn cerita k...balik pada mimpi aku tu,terus la aku search pepagi ni tadi...and this the result...huhuhu...

  • Mimpi Bersalin - Akan memperolehi rezeki besar.
Ade 3 jenis mimpi:
  • Mimpi dari Allah..cthnya mimpi yg baik²
  • Mimpi dari Syaitan..cthnya mimpi yg buruk² dan menakutkan
  •  Mimpi dari diri sendiri..cthnya seseorang tu teringin sgt nk beli kereta,pastu dia mimpi akan kereta itu. 
so which one is yours...apa pun semua datang dari Allah...Alhamdulillah....rezeki siapa yg xnak kan..hehehe..

NotE Hati Saya : To my hubby > buat masa ni takut utk mimpi baby...tunggu hani n aura besar kit...huhuhu

Selasa, 25 Oktober 2011

i'm back...

salam ollsss...lama rsanya x hapdet..baby aura pun dah besar..hani apa lagi semakin comot n notty..girl..girl..mama luv u both ok..dah nak dkt hujung thn pun kan..so dah tercapai lum matlamat+azam thn ni...xpe ader lagi beberapa bln utk capai..dan saya lak berazam utk aktif mem'blogging' pas ni ok..tapi baca org lain punya blog mmg sgt suke!!!tambah ilmu katakan...sharing is caring...

Isnin, 24 Januari 2011

Tips-Tips Semasa Mengandung....

Tanda-tanda pregnant


* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2

Antara laman web tentang baby:



http://www.timang.org/
http://www.babycenter.com/
http://www.amazingpregnancy.com/
http://www.blogger.com/
http://www.parentsplace.com/
http://www.americanbaby.com/
http://www.childbirth.org/
http://www.theverybestbaby.com/
http://www.pampers.com/

Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )

Tiga bulan pertama yg sangat penting
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.


Cegah Kecacatan bayi
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

Petua orang tua²
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :


1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.




Nota Hati : ada antara info & tips dah aku amalkan and its work ok...alhamdulillah...

Tips Merancang Jantina Anak

Bagaimana Merancang jantina?

Ni ada tips yang boleh membantu anda merancang jantina anak . InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Nota Hati : Kiter hanya mampu merancang tuhan yang menentukan...Saya masih lagi berusaha...

Tips mengawal loya dan muntah ketika mengandung


Tips mengawal loya dan muntah ketika mengandung


TAHUKAH anda bahawa anda boleh mengatasi masalah loya-loya atau hendak muntah ketika mengandung?

Masalah ini biasanya membingungkan para doktor kerana mereka sendiri terpaksa berhati-hati ketika memberikan ubat untuk mengurangkan rasa loya, pening dan muntah-muntah di kalangan wanita-wanita yang mengandung.

Sebenarnya kebanyakan ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan rasa pening, loya dan muntah-muntah yang menyerang wanita mengandung adalah didapati tidak selamat digunakan ketika awal mengandung.
Walaupun tanda-tanda sakit ini hilang dalam minggu kedua belas anak dalam kandungan, tidak ramai wanita yang sanggup menunggu begitu lama menanggung sakit.
Kini ada beberapa teknik baru yang anda boleh lakukan sendiri ketika menghadapi masalah ini:
* Lebihkan tidur. Tidur lebih dua hingga empat jam tiap-tiap malam boleh mengurangkan rasa sensitif otak satu mekanisma yang menggalakkan rasa loya dan pening.
* Elakkan dari bau-bauan.Pastikan sekiranya anda rasa loya ketika terhidu sesuatu bau,elakkan dari bau-bau yang meloyakan itu.
* Elakkan dari makan terlalu banyak, kerana makan banyak akan membuncitkan perut dan mengakibatkan makanan susah hadam, faktor utama yang boleh membuatkan anda rasa hendak muntah. Cuba makan sedikit-sedikit pada satu-satu ketika.
* Berehat. sekiranya anda memang cukup sihat dan cukup makan anda bolehlah berhenti makan buat selama 24 hingga 48 Jam. Berehatlah dan minurn air banyak-banyak kerana air mudah hadam. Sup, teh atau air perahan epal adalah baik sekali diminum.
* Jauhkan dari memakan makanan yang mendatangkan sakit perut. Caranya ialah dengan memakan makanan sedikit-sedikit. Adalah juga baik sekiranya anda minum air sebelum anda bangun dari katil tiap-tiap pagi.
* Sentiasa bawa bekal biskut kering ke mana juga anda pergi. Kunyahlah biskut itu sebaik saja anda rasa hendak muntah.
* Mungkin doktor anda dapat memberikan anda ubat antacid yang boleh mengurangkan rasa mual. Tetapi berhati-hatilah ketika membeli ubat ini. Jangan beli ubat yang mengandungi sodium bikarbonat. Kadar sodium bikarbonat lyang terlalu tinggi dalam tubuh badan boleh mengakibatkan kaki bengkak kerana bahan garam Itu menahan air dalam tubuh badan.
* Makan vitamin B6 (pyroxidine). Vitamin ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mual dan pening-pening. Adalah selamat untuk mengambil sebanyak 50 milligram, dua kali sehari seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
* SuntikanSekiranya keadaan anda bertambah teruk mungkin doktor anda akan memberikan vitamin itu melalui suntikan sehingga keadaan anda sembuh.

Satu faedah memakan vitamin B6 ini ialah ianya boleh menguat-kan otot-otot. Ini dengan sendiri-nya dapat mengelakkan anda dari sembelit dan dapat menjauhkan anda dari masalah makanan tidak hadam.

Sekiranya anda terlalu kerap muntah ini menunjukkan keadaan anda serius. Jika ini berlaku
kemungkinan bayi dalam kandungan dan juga ibu akan menghadapi masalah dehaidrasi atau kekurangan air dalam tubuh badan. Secara tidak langsung ibu dan bayi dalam kandungan juga akan menghadapi kekurangan makanan.Apabila ini terjadi, anda harus pergi berjumpa doktor. Dalam kes-kes tertentu mungkin juga anda akan dihantar ke hospital untuk memastikan anda mendapat rawatan lanjut.

Hari yg indah kah?

pagi ni terpaksa berdepan dgn org yg moody...xpasal² aku jadi mangsa...menjengkelkan btl cz org xsalah jadi mangsa mood dia yg ader pasang surut tu..bagi aku xsalah berperasaan moody,semua org ader rsa tu tapi pandai² la control,xpsal² nti org lain pun jadi moody sebab kiter...ahh..lupakan la org yg moody xtentu arah ni...

hari ni hari gaji utk gov...huhuhu...bagi aku xblh nak enjoy selagi xsettlekn dlu komitmen yg ader...waktu lunch ni ader a few things aku nak kena settle...ptg lak bout 3 hani check up..dah berapa la berat anak dara aku tu ea..hope xdemam la lps injection ptg ni..xsampai hati nak tengok dia sakit @ watever..

Pagi ni jgk ader sorang kwn lama tanya aku aper nak wat cz di asyik loya²-morning sickness la ni..aku simpati cz walaupun xmabuk teruk tapi aku dpt gak merasa morning sickness tu...utk 2 org ank aku yg dah lahir & bakal lahir aku xder msalah sgt dgn morning sickness ni..pening+mabuk sikit² je...time hani aku mabuk mlm yg 2nd ni aku cuma pening pas mkn...tu pun aku rsa cm dah teruk...aper lagi kwn aku yg xblh msuk langsung mknan...kesian dia...aku selalu ingat pesan mak kena mkn jgk walau sikit cz klu air bdn kurang nti lagi susah..apa pun hope baby aku & baby kwn aku ni sihat sempurna...Amin....





Nota Hati : Terus berdoa limpahkan la rezeki aku sekeluarga ya Allah+kesihatan yg baik;)